BM | EN | 中文

Keputusan bebas jurujual dalam kes kemalangan basikal lajak di JB kekal

Keputusan-bebas-jurujual-dalam-kes-kemalangan-basikal-lajak-di-JB-kekal.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

JOHOR SAHRU, 10 OKT: Mahkamah Majistret di sini hari ini sekali lagi membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Sam Ke Ting, 26.

“Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam beta tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya.

Advertisement

“Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Oleh itu tertuduh dibebas dan dilepaskan danpada pertuduhan di akhir kes pembelaan,” katanya.

Dalam penghakimannya, Siti Hajar berkata mahkamah berpendapat keterangan tertuduh bahawa dia tidak mengetahui terdapat aktivit basikal lajak di kawasan itu adalah munasabah.

Sit Hajar berkata keterangan Sam bahawa dia berada lorong paling kiri lokasi kejadian di Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer atau 75.8 kilometer sejam.

Advertisement

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu Sam, yang sebelum ini digantung dikembalikan kepadanya dengan serta-merta.

Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan tertuduh membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya serta mengetepikan perintah Mahkamah Majistret pada 28 Okt 2019 yang membebas dan melepaskamya daripada pertuduhan itu.

Sam, yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta secara melulu atau berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam di sini sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Advertisement

Mereka ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13, Mohamad Azhar Arnir, 16, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Jurujual wanita itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top