BM | EN | 中文

Kepung kawasan berisiko langkah baharu Selangor kekang Covid-19

Amirudin_Shari_MB_Selangor.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Advertisement

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Selangor akan menggunakan strategi baharu memutuskan rantaian Covid-19 melalui tindakan pengepungan sesuatu kawasan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata cadangan Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilakukan berdasarkan data semasa diperoleh aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi mengenal pasti kawasan berisiko.

“Kita kena ‘potong’ perebakan wabak, tak boleh hanya ikut. Jadi bila kita dapat jangka lokaliti tertentu, kita boleh rancang langkah seterusnya.

Advertisement

“Cara ini pernah diaplikasikan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya. Kita dapati banyak kes babitkan kawasan itu jadi kita kepung dan berjaya kawal wabak,” katanya, lapor SelangorKini.

Amirudin berkata demikian dalam program ‘Covid-19 Fight: Red Zone Selangor’ yang disiar secara langsung di Facebook Wong Chun Wai.

Menurutnya, dua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dalam komuniti akan diwujudkan minggu hadapan bagi mengasingkan pesakit positif memandangkan langkah kuarantin di rumah kurang memuaskan.

Advertisement

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada pertemuan baru-baru ini.

“Selangor akan kesan melalui SELangkah, lakukan saringan dan sokong melalui CAC atau pusat panggilan memandangkan kes tinggi. Kita tidak mahu bebankan Kementerian Kesihatan Malaysia dan klinik,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top