BM | EN | 中文

Keperluan mangsa banjir akan dipastikan mencukupi – Exco Johor

zaiton-ismail.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 JAN: Kerajaan Negeri Johor akan memastikan keperluan mangsa banjir di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini mencukupi sepanjang ia beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Zaiton Ismail berkata keperluan mereka termasuklah pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman untuk setiap keluarga.

Katanya, selain itu pihaknya juga akan memastikan setiap PPS yang dibuka mematuhi prosedur berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan ketika ini.

Advertisement

“Antara yang perlu dipatuhi adalah penjarakan fizikal seperti (jumlah penduduk bagi) setiap kelas (di sekolah) atau ruangan dibenarkan untuk satu keluarga.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman untuk setiap mangsa berdaftar di PPS yang akan diberikan secara berkala dan mengikut keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 21 mangsa daripada enam keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng, di sini semalam yang merupakan penduduk empat kampung di sekitar Yong Peng.

Advertisement

Zaiton berkata setiap keluarga akan menerima makanan yang sudah dimasak dan dibungkus sebanyak tiga kali sehari.

Katanya, kerajaan negeri juga akan terus bersiap sedia untuk berhadapan dengan pertambahan mangsa banjir kali ini memandangkan hujan masih turun dan menjejaskan tujuh daerah.

“Kita kini sedang mengemas kini data untuk mangsa banjir dan yang (berkemungkinan) akan dipindahkan ke PPS. Saya yakin setiap keperluan mangsa banjir ini mencukupi, termasuk bekalan makanan dan keperluan harian,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top