BM | EN | 中文

KEPENTINGAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN MASYARAKAT

IMG-20191010-WA0012.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 10 OKT: Masyarakat perlu diberikan kesedaran dengan lebih meluas tentang kesihatan mental, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Beliau berkata kesedaran ini adalah penting untuk mengesan mereka yang mempunyai penyakit ini terutamanya pada peringkat awal.

“Masalah kesihatan mental ini adalah satu spektrum dari seringan-ringannya seperti kemurungan dan kebimbangan.

Advertisement

“Ia kemudian akan berlarut kepada lebih teruk seperti skizofrenia dan bipolar disorder,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Minda Sihat sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Johor 2019 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini.

Mohd Khuzzan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan perlu menjalankan pelbagai aktiviti promosi dan intervensi yang berterusan untuk pertingkatkan kesedaran terhadap masalah ini.

“Ini termasuklah bagi menarik penglibatan masyarakat dalam menggerakan usaha serta memberikan sokongan kepada mereka yang menghidap penyakit ini,” katanya.

Advertisement

Tambahannya lagi, usaha ini adalah penting kerana menurutnya, masih ramai lagi orang yang tidak memahami situasi yang dialami oleh pesakit-pesakit ini.

“Berdasarkan fakta dari Badan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) dianggarkan terdapat tujuh kes bunuh diri di Malaysia setiap hari.

“Insiden bunuh diri merupakan punca kedua tertinggi kematian individu yang berusia antara 15 dan 29 tahun,” katanya.

Advertisement

Mohd Khuzzan berkata, sehubungan dengan itu, masyarakat umum serta anggota kesihatan berkaitan harus lebih peka terhadap mereka yang menujukkan ciri-ciri masalah tekanan, kebimbangan atau kemurungan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top