BM | EN | 中文

Kepala anak kucing tersekat di sinki dapur

IMG-20200221-WA0000-e1582243967313.jpg

Seekor anak kucing yang tersekat kepalanya di sinki dapur hampir sehari berjaya diselamatkan bomba.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB : Derita seekor anak kucing yang tersekat kepalanya di sinki dapur hampir sehari berkahir apabila pihak bomba berjaya menyelamatkan nyawa haiwan itu dalam kejadian di Taman Pulai Indah di sini, kelmarin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll, Suraini Adnan berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu dari jiran belakang rumah tempat sinki tersebut diletakkan pada jam 3 petang.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai digegaskan ke lokasi bagi membantu anak kucing tersebut.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi didapati benar terdapat kucing tersangkut di lubang sinki yg tidak digunakan lagi.

“Pada awalnya anggota cuba mengeluarkan anak kucing itu secara manual menggunakan tangan. Namun tidak berjaya kerana bahagian telinga kucing tersebut sudah bengkak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, berdasarkan keadaan persekitaran, anak kucing itu tersekat hampir sehari.

Advertisement

Tambahnya, pihak bomba menggunakan alatan khas iaitu “ram bar” bagi memecahkan sinki tersebut.

“Anak kucing itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang luka dan kecederaan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top