BM | EN | 中文

Kenyataan Umno sedia hadapi PRU, Annuar Musa diminta hormati sensitiviti rakyat

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 2 FEB: Kenyataan Menteri Wilayah Persektuan, Tan Sri Annuar Musa berkenaan pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan sebelum 1 Ogos 2021 jelas mengguris hati ramai pihak.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, tumpuan harus diberikan kepada isu lebih utama yang dihadapi rakyat buat masa ini.

Beliau berkata, rakyat menjangkakan tahun ini sebagai tahun pemulihan selepas teruk dibebani gelombang Covid-19 yang melanda negara.

Advertisement

“Selain isu kesihatan, tahap ekonomi rakyat juga memainkan peranan yang penting untuk ditumpukan bukan hanya sibuk mencatur kuasa semata.

“Jangan bebankan rakyat dengan keinginan segelintir pihak yang mahukan pilihan raya pada masa yang sama mengorbankan kepentingan rakyat terbanyak.

“Adalah lebih baik belanja untuk mengadakan pilihanr aya yang mungkin mencecah angka bilion ringgit diperuntuk untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat yang terjejas akibat COVID 19,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Faizul turut menempelak kerajaan yang tidak ikhlas memberikan pelbagai bantuan dalam Belanjawan 2021 sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun ini.

“Memang kerajaan tidak ikhlas membantu memulihkan ekonomi rakyat sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun ini.

“Ini boleh dilihat sepertimana bantuan diberikan kerajaan untuk memulihkan ekonomi rakyat, tetapi hanya kosmetik untuk menawan hati rakyat.

Advertisement

“Sebagai sebuah kerajaan, lebih baik ketepikan terlebih dahulu soal PRU, pulihkan dahulu keadaan rakyat yang semakin tersepit akibat bebanan yang dialami mereka kini,” katanya lagi.

Sebelum ini dalam laporan media tempatan, Annuar Musa berkata semua ahli Umno perlu memastikan parti berkenaan memenangi PRU 15 yang akan diadakan sebelum bulan Ogos 2021.

Kenyataan itu mengundang komentar warganet yang mahu semua pihak menghentikan dahulu niat untuk mengadakan PRU 15 dalam masa terdekat dan sepatutnya menumpukan usaha memulihkan ekonomi rakyat di negara ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top