BM | EN | 中文

Kenyataan Takiyuddin Hassan ibarat ‘masuk bakul angkat sendiri’

takiyuddin-hassan.png
Advertisement

MERSING, 23 FEB: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang merasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan prihatin boleh dianggapkan sebagai kenyataan ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Mengulas perkara itu Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak berkata, selepas genap setahun rampasan kuasa berlaku ia bukti jelas PN yang disertai Pas mengkhianati rakyat.

“Lihat bagaimana mereka sebagai pembangkang, habis semua isu mereka bawa dan perbandingan itu boleh dilihat sewaktu mereka memerintah.

Advertisement

Azam Razak

“Apa yang rakyat dapat? Hanya cakap kosong politik emosi semata.

“Mana Hudud, mana RUU 355 dan bermacam lagi? Inilah persoalan yang kita bangkitkan?

“Sekiranya mereka kata mereka prihatin itu pun tidak betul.

Advertisement

“Apakah Pas tahu bahawa rakyat hari ini sudah muak dengan perangai pemimpin dari PN. Bukan sahaja rakyat, rakan kongsi mereka dari Umno pun sama,” tegasnya.

Kata Azam, sekiranya kerajaan PN prihatin dengan rakyat darurat tidak dilaksankan kerajaan.

“Adakah tujuan darurat itu dibuat bagi menutup kelemahan kerajaan PN yang sudah hilang majoriti? Mengapa mereka tidak terus membuka Parlimen?

Advertisement

“Suara rakyat akan dibawa ke Parlimen. Apa yang berlaku hari ini? Pintu parlimen berkunci. Di mana prihatinnya?

“Saya syorkan agar Takiyuddin menilai semula semua perkara sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kami bimbang beliau dilihat sebagai seorang yang bodoh sombong,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top