BM | EN | 中文

Kenyataan SUA Pas sahkan langkah kumpulan keluar parti itu sebelum ini berasas

Takiyuddin-Hassan-SUA-PAS.jpg

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan

Advertisement

MERSING, 13 OGOS: Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat rancangan dan usaha ke arah penyatuan bersama UMNO telah bermula sejak 2015 mengesahkan tindakan sebahagian ahli parti itu sebelum ini yang keluar dari parti itu.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak berkata ternyata apa yang disuarakan oleh sebahagian ahli Pas ketika itu benar-benar wujud, dan kini Setiausaha Agungnya sendiri mengakui perkara tersebut.

Katanya, apa yang berlaku pada tahun 2015 itu adalah kemuncak perbalahan serta perbezaan pandangan atas matlamat dalam usaha yang digerakkan waktu itu.

Advertisement

“Akhirnya kebenaran itu jelas. Apa yang kita nyatakan pada waktu ini telah jelas serta terbukti benar-benar berlaku.

Azam Razak

“Pada waktu itu, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz memang tidak bersetuju untuk gabungan tersebut. Berulang kali beliau menyatakan pandangan untuk tidak bersama Umno yang jelas sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

“Tapi sayangnya selepas Tok Guru (Nik Aziz) meninggal dunia, perkara itu seperti menjadi lesen untuk golongan yang berkeinginan untuk bersama Umno meneruskan agenda mereka,” kata Azam ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang sebelum ini merupakan ahli Pas turut menyatakan kekesalan atas tindakan membelakangkan suara Mursyidul Am pada waktu itu (Nik Aziz) dengan menyusun agenda tersebut tanpa keputusan mesyuarat.

“Mesyuarat tidak memutuskan langsung untuk gerak kerja bersama Umno termasuk Tok Guru pada waktu itu. Tetapi apa yang berlaku, usaha tersebut dibuat secara sulit sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli.

“Lebih mendukacitakan apabila ketika itu kita ahli Pas bertanya, – pimpinan seperti Presiden dan lainnya menafikan perkara tersebut.

Advertisement

“Hari ini jelas terbukti apabila pihak mereka sendiri mengiyakan perkara ini dan kebenaran jelas membuktikan tindakan ahli Pas yang keluar pada waktu itu adalah tidak salah,” tegasnya lagi.

Portal rasmi Pas, Harakahdaily pada 9 Ogos lalu pada berita bertajuk “4 tahun usaha ke arah penyatuan Melayu” melaporkan kenyataan Takiyuddin bahawa usaha ke arah penyatuan ummah telah berlangsung pada tahun 2015 lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top