BM | EN | 中文

Kenyataan pemimpin Umno bukti jelas rakyat hanya dipergunakan

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Kenyataan beberapa pemimpin Umno dengan momokan bahawa parti DAP sebagai parti perkauman dilihat sebagai senjata untuk memenangi hati rakyat sahaja.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan bekas Pengarah Jasa Dr Puad Zarkashi bahawa slogan ‘No Anwar No Dap’ dipermainkan hanya untuk mempertahankan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sentimen rakyat telah dipergunakan.

Katanya, selama ini rakyat hanya menerima maklumat mendorong kebencian terhadap DAP hanya untuk mendapatkan sokongan kepada parti Umno.

Advertisement

“Menanamkan kebencian antara kaum ini adalah budaya yang tidak sihat dan jelas dihujahkan beberapa pimpinan Umno termasuk Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan.

“Hari ini terserlah bahawa perkara itu sengaja dibisikkan kepada rakyat terutamanya orang Melayu untuk menimbulkan kebencian kepada Pakatan Harapan (PH).

“Seperti mana didedahkan Dr Puad, sekali lagi mengiyakan kebenaran yang selama ini terselindung,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Kota Iskandar berkata, rakyat perlu diberikan kesedaran berkenaan hal tersebut kerana selama ini mereka jelas telah termakan dengan dakyah seperti itu.

“Dalam usaha kita memupuk keharmonian di negara ini akhirnya dihancurkan dengan sentimen perkauman yang dimainkan mereka yang berkepentingan.

“Sudah berulang kali kita jelaskan sebelum ini bahawa ini adalah agenda golongan yang mahu mendapatkan perhatian.

Advertisement

“Namun akhirnya perkara itu jelas dipamerkan oleh kumpulan mereka sendiri yang mengakui bahawa ia hanyalah agenda mempertahankan kuasa.

“Tahniah kepada pemimpin dari Umno yang berani berbicara soal kebenaran dalam hal ini.

“Apa yang penting adalah pencerahan kepada rakyat perlu dilakukan semula,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top