BM | EN | 中文

Kenyataan PAS akan rosakkan nama baik Islam

Bendera-Pas-parti-PAS.jpg
Advertisement

MUAR, 1 JUL: Kenyataan parti PAS yang sebelum ini dilihat tidak menyebelahi rakyat dilihat akan merosakkan nama baik agama Islam di negara ini.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata kekhuatiran itu lebih jelas lagi apabila PAS dilihat mengeluarkan dalil yang memenangkan kelompok mereka sahaja.

Faizul turut melahirkan kebimbangan bahawa tindakan itu mengundang salah faham umat Islam dan mereka yang bukan beragama Islam terhadap amalan dan kesucian agama Islam.

Advertisement

“Hentikanlah mempergunakan agama untuk meraih sokongan ramai semata-mata kerana ianya akan merosakkan kesucian agama Islam.

“PAS memang selama ini hanya memperdagangkan agama Islam sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap masyarakat.

“Sebagai umat Islam kita pastinya khuatir dengan keadaan ini yang akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan.

Advertisement

Beliau turut memberi gambaran kesan kekeliruan yang berlaku sekiranya perkara tersebut dibiarkan berlanjutan.

“Sebagai contoh isu berdoa yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

“Dalam isu berdoa, memang kita akui sebagai umat Islam kita perlu berdoa tapi pada masa yang sama, doa tersebut perlu disertakan dengan usaha terutamanya apabila rakyat sedang dalam kesusahan ketika ini.

Advertisement

Perkara ini jelas bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW apabila baginda mengangkat tangan tinggi waktu peperangan Badar. Namun doa Rasulullah itu disertai dengan usaha baginda mempersiapkan tentera dan pasukan perisik sehingga membawa kemenangan kepada umat Islam.

“Memang kita akui doa adalah senjata tetapi ia juga perlu disertakan dengan usaha. Jadi apa yang disarankan oleh beberapa kepimpinan PAS itu tidak bertepatan dengan apa yang dimahukan dan ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top