BM | EN | 中文

Kenyataan Nik Abduh: Rakyat sudah sedar siapa PAS yang sebenarnya

nik-abduh.jpg
Advertisement

LEDANG, 1 JULAI: Kenyataan ahli parlimen Pengkalan Chepa, Nik Muhammad Abduh mengenai kempen mengibar bendera putih di seluruh negara menunjukkan sikap sebenar parti PAS

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, PAS kini telah menjadi Pas sebuah parti tidak yang memahami perjuangan kehidupan rakyat.

Azhar berkata, kenyataan Nik Abduh ternyata menunjukkan parti itu hanya mementingkan kepentingannya, sahaja bukan untuk rakyat.

Advertisement

“Sekiranya pandangan rakyat bertentangan dengan ideologi kerajaan pastinya PAS akan membela dan sibuk mengeluarkan dalil.

“Rakyat sudah nampak dan sedar dengan siapa PAS sebenarnya. Ini membuatkan rakyat terus hilang kepercayaan terhadap parti itu.

“PAS seperti langsung tidak menghiraukan rakyat yang bertungkus lumus untuk hidup dalam keadaan seperti sekarang,” tegasnya.

Advertisement

Tambahnya, suara PAS hari ini tidak perlu lagi untuk didengar kerana parti itu lebih menumpukan kepada kepentingan parti mereka sahaja.

“Hindarkan saja suara PAS ni kerana mereka lebih sibukkan diri dengan jawatan yang mereka sandang dan pendapatan mereka, bukan lagi soal agama dan rakyat.

“Cakap-cakap mereka hanya demi memenuhi permintaan penguasa yang mahu mempertahankan pemerintahan yang dirampas tahun lalu.

Advertisement

“Saya galakan rakyat terus menerus mengibarkan bendera putih bagi mereka yang memerlukan berserta doa kepada Allah bagi mereka yang beragama Islam. Tidak jadi masalah,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top