BM | EN | 中文

Kenyataan Muhyiddin menjerat PAS

Ahmad-Marzuky-Shaary-Muhyiddin-LGBT.png
Advertisement

BATU PAHAT, 28 JAN: Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean (ADGMIN1) berkenaan ucapan berunsur kebencian, termasuk gangguan berdasarkan gender atau orientasi seksual serta memperomosikan keganasan melalui platform digital jelas dilihat menjerat PAS.

Sebelum ini parti PAS melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuky Shaary berkata kerajaan persekutuan berkemungkinan meminda undang-undang tegas terhadap golongan LGBT dan dilihat bercanggah dengan ucapan Muhyiddin.

Menurut Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mahadir Mat Zili, PAS terjerat selepas kenyataan Muhyiddin yang menidakkan dakwaan bahawa undang-undang tegas baharu akan dibuat seperti didakwa Marzuky.

Advertisement

Mahadir Mat Zili

“Siapa yang menipu dalam hal ini kita tak pasti. Sama ada Muhyiddin atau Marzuky. Inilah yang menjadi persoalan semua pihak.

“Sekiranya Muhyiddin bertegas dalam kenyataannya, bermakna PAS sudah terjerat dengan kenyataan mereka sendiri.

“Kita mahu bertanya kepada PAS, apakah pendirian mereka selepas kenyataan Muhyiddin dan cuba (mereka PAS) terjemahkan dalam suasana hari ini,” ujarnya.

Advertisement

Menurutnya lagi, jelas PAS dan Perikatan Nasional (PN) selama ini hanya bersandiwara memainkan emosi rakyat hanya untuk mendapatkan kuasa semata.

“Permainan selama ini mempengaruhi pelbagai pihak sehingga ada yang beremosi menuduh kerajaan PH dengan pelbagai tanggapan.

“Apa yang pasti, tidak ada perjuangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap golongan LGBT dalam matlamat Muhyiddin. Ini jelas seperti kenyataannya yang mahu perkara itu tidak disentuh.

Advertisement

“Hakikatnya PAS memang telah berjaya memainkan peranan dengan baik menipu rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam seperti didakwa mereka.

“Hari ini perkara itu menjadi nyata apabila PAS terus membisu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin itu,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top