BM | EN | 中文

Kenyataan Menteri di JPM: Apa pendirian ahli-ahli parlimen UMNO?

Wong-Shu-Qi-mp-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 30 JUL: Ahli-ahli parlimen UMNO digesa menyatakan pendirian berhubung isu pengumuman berkaitan darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, sekiranya keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat jemaah menteri yang ramai pemimpin UMNO hadir, maka ahli-ahli parlimen parti itu perlu menyatakan pendirian masing-masing.

“Sekiranya UMNO tidak setuju dengan pengumuman Menteri pada hari Isnin, kenapa mereka tidak ambil sebarang tindakan sehingga semalam?

Advertisement

“Sekiranya keputusan ini diambil dalam mesyuarat jemaah menteri yang ramai pemimpin UMNO turut hadir, apa pendirian mereka sebenarnya?

“Mereka perlu menyatakan pendirian mereka satu persatu.

“Adakah ini satu permintaan terlalu sukar bagi kerajaan Perikatan Nasional di mana ramai pemimpin UMNO juga duduk dalam Jemaah Menteri?” kata Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat 1 Ogos ini.

Kata Takiyuddin, kerajaan juga memutuskan semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuatkuasa 21 Julai lalu.

Manakala Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Advertisement

Justeru kata Shu Qi, jelas bahawa negara sekarang ini berdepan dengan satu krisis perlembagaan

“Saya terdengar ada ahli parlimen UMNO mengejek ketika itu bahawa pembangkang terperangkap kerana bangkit isu darurat.

“Apa yang kita minta adalah satu perbahasan dan undi dalam sidang parlimen supaya satu keputusan diambil melalui proses demokrasi,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top