BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] ‘Total lockdown’ perlu disusuli saringan, vaksinasi dan bantuan kewangan – PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

Pakatan Harapan Johor mengambil maklum pengumuman ‘total lockdown’ oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin lewat hari ini.

Pakatan Harapan Johor turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes Covid-19 yang kian menghampiri 5 angka.

Pakatan Harapan Johor mendesak agar pengumuman ini mestilah disusuli dengan jaminan komitmen oleh Kerajaan Persekutuan agar ;

Advertisement

i. Meningkatkan kadar saringan Covid-19 supaya angka jangkitan sebenar dapat memandu langkah pencegahan yang lebih berkesan.
ii. Mempergiatkan usaha ‘contact tracing’ bagi memastikan gerak kerja menghentikan rantaian jangkitan penularan wabak Covid-19 dapat benar-benar dikenalpasti seterusnya dihentikan.
iii. Dari langkah saringan dan ‘contact tracing’ secara besar-besaran ini, pengarahan kuarantin yang lebih bersasar boleh diperketatkan.
iv. Menyegera dan mendahulukan usaha vaksinasi dikalangan rakyat berpandukan maklumat dan data khususnya kepada kelompok sasar dan lokaliti berisiko tinggi.

4. Pakatan Harapan Johor melahirkan kebimbangan, sekiranya perkaraperkara diatas tidak diurus dengan cermat dan teliti, ‘total lockdown’ yang dilaksanakan oleh Kerajaan hanyalah akan menemui kegagalan sepertimana yang terjadi sebelum ini.

5. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan Johor mendesak agar pakej rangsangan ekonomi seperti bantuan kewangan dan juga moratorium untuk rakyat bagi membantu golongan yang menerima kesan besar berikutan ‘total lockdown’ diumumkan segera.

Advertisement

6. Seandainya tidak diurus dengan baik dan teliti, Pakatan Harapan Johor bimbang kesan dari perlaksanaan ‘total lockdown’ ini akan menambah derita rakyat, ekonomi menjadi parah, pendidikan anak-anak terus dimangsakan dan kehidupan sosial rakyat tidak kembali pulih seperti sediakala.

YB AMINOLHUDA HASSAN
Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Johor
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor

YB SYED IBRAHIM SYED NOH
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor

Advertisement

LIEW CHIN TONG
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top