BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] SPR diseru adakan pusat mengundi di pejabat Kedutaan seperti PRU ke-13

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

Oleh: Chew Chong Sin

Tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah ditetapkan pada 12 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia diseru mengambil langkah seperti pilihan raya umum (PRU) 2013 untuk membenarkan pengundi Johor di luar negara, terutama mereka di Singapura, mengundi di pusat mengundi pejabat kedutaan dan konsulat, lalu dipungut dan dihantar ke pejabat SPR dengan laluan khas bungkusan bagi urusan diplomatik.

Advertisement

Pengundi negeri Johor di Singapura dijangka berjumlah lebih daripada 200,000 orang selepas pelaksanaan polisi undi 18 pendaftaran pemilih secara automatik.

Oleh itu, pusat mengundi harus ditubuhkan di pejabat kedutaan Malaysia di Singapura sekurang-kurangnya dan membolehkan pengundi negeri Johor membuang undi di pejabat tersebut.

Kertas undi yang dipungut dengan kaedah ini boleh dihantar ke ibu pejabat SPR di Johor Bahru untuk dibuka dan dikira secara pusat, dan membenarkan ejen mengira undi setiap parti menghadir diri.

Advertisement

Selain daripada Singapura, pusat mengundi juga harus ditubuhkan di pejabat kedutaan dan konsulat di negara yang tedapat jumlah pengundi Johor yang ramai.

Chew Chong Sin juga mengingatkan pengundi luar negara bahawa walaupun butiran pengiriman undi pos belum diumumkan oleh SPR, tetapi menurut pengalaman daripada PRU 2018, ramai pengundi luar negara yang telah berjaya mendaftar tidak menerima atau mengepos kembali kertas undi mereka tepat pada masanya, ataupun tidak melampirkan Borang 2, tidak ditandatangani oleh saksi, dan sampul kecil kertas undi tidak dimasukkan ke dalam sampul besar, sehingga kertas undi berkenaan menjadi undi tidak sah.

Saya memohon pengundi pos di luar negara untuk memberi perhatian kepada:

Advertisement

1: Pastikan alamat luar negara betul;
2: Periksa peti surat selepas hari penamaan calon (26 Feb) jika kertas undi telah sampai;
3: Setelah menerima undi, mengisi dengan segera, dan hantar balik ke Malaysia secepat mungkin, supaya tidak terlewat,
4: Pastikan anda mematuhi prosedur isi kertas undi, termasuk Borang 2 perlu ditandatangani oleh rakyat Malaysia sebagai saksi, lalu masukkan kertas undi ke dalam sampul besar sebelum mengepos (jika prosedur untuk undi pos PRN Johor sama).

Chew Chong Sin merupakan calon Pakatan Harapan DUN Mengkibol

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top