BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] ‘SOP dua darjat’ mesti dihentikan segera – PKR Johor

sop-dua-darjat-syed-ibrahim-pkr-johor.png
Advertisement

Oleh : Syed Ibrahim Syed Noh

KEADILAN Johor memandang serius terdapat golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis atau personaliti media sosial yang dilihat terkecuali dalam pematuhan SOP bagi membendung gejala COVID-19.

Walaupun telah genap 100 hari DARURAT, Covid-19 semakin membarah. Kes Covid-19 pula naik kembali hampir ke angka 3,000 kes. Ekonomi masih parah, kerana ramai yang masih menggangur. Dalam pada masa yang sama penguatkuasaan SOP dilaksanakan tidak adil dan menambahkan sengsara rakyat.

Advertisement

Justeru, Menteri atau exco kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dan terlibat secara langsung dalam penyediaan SOP ini diminta untuk lebih bertanggungjawab dan digesa menyemak kembali segala SOP tersebut supaya tidak membuka ruang penganiayaan sebegini daripada terus berlaku.

Kita tidak mahu insiden seperti yang tular, seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan dikompaun sehingga RM 50,000 kerana meniaga melebihi tempoh ditetapkan iaitu pukul 10 malam walaupun di hadapan rumah sendiri berlaku lagi. Sekiranya berlaku pelanggaran SOP sekalipun, kompaun sehingga RM 50,000 amat tidak masuk akal kepada rakyat marhaen yang hanya meniaga burger di hadapan rumah.

Malangnya terdapat juga selebriti dan keluarga dikenakan denda hanya RM60,000 manakala peniaga burger seorang dikenakan RM50,000. Ini jurang yang sangat jauh melihatkan status dan kedudukan ekonomi kedua belah pihak, yang perlukan kajian lebih mendalam dalam melaksanakan penguatkuasaan.

Advertisement

Kerajaan hari ini wajar mempunyai hati nurani dan ‘empathy’ dalam melihat keperitan ekonomi rakyat dan amalan dua darjat wajar dihentikan segera bagi memberikan KEADILAN untuk semua, dalam usaha bersama kita membendung Wabak COVID-19.

Syed Ibrahim Syed Noh merupakan Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat Johor dan Ahli Parlimen Ledang

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top