BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] PRN Johor: Jom balik kampung dan undi, suara anda mesti didengar

chew-chong-sin-adun-mengkibol-kluang.jpg
Advertisement

Saya menyeru pengundi Johor yang berada di luar negeri, terutamanya di Selangor dan K.L balik kampung dan undi pada 12 March demi memilih wakil rakyat yang benar-benar bersuara untuk mereka.

Situasi politik semasa kacau-bilau, perebutan kuasa berlaku antara pemimpin Barisan Nasional/Perikatan Nasional. Kerajaan BN/PN yg tidak prihatin, tidak ambil peduli langsung ancaman Omicron, telah membubarkan Dewan Undangan Johor kerana pemimpin-pemimpin sibuk merebut kuasa.

Pengundi Johor di luar negara tidak dapat balik Malaysia akibat ancaman Omicron, pengundi Johor di Malaysia juga tidak ingin balik kampung dan undi kerana kemelut politik.

Advertisement

Tetapi kerajaan autokratik akan berasa gembira kerana dapat terus mentadbir Johor jika menang. Oleh itu, pengundi Johor harus balik kampung dan undi, menyuarakan pendapat mereka kepada politikus.

Oleh beliau, setiap undi pilihan raya negeri Johor adalah penting demi menentukan masa depan Johor yang lebih cerah dan teratur dan memilih wakil rakyat yang dapat bersuara untuk rakyat Johor.

Oleh itu, saya menyeru pengundi Johor JOM BALIK UNDI!

Advertisement

Chew Chong Sin merupakan calon PH bagi DUN Mengkibol

 

Advertisement

Share this post

scroll to top