BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] PRN “dipaksakan” kepada rakyat Johor, namun PH akan ambil langkah perlu

PRN-Johor.png
Advertisement

Pakatan Harapan Johor tetap dengan pendirian bahawa pada ketika ini sebenarnya bukan masa yang sesuai untuk pilihanraya. Saat virus covid, Omicron, bencana banjir, isu ekonomi dan sebagainya yang sedang kita hadapi.

PH Johor juga melihat tindakan mencetuskan PRN oleh UMNO sebagai helah untuk ambil kesempatan ketika ramai rakyat di negeri ini akan berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.

Kerana itulah PH Johor sebagai blok pembangkang terbesar di Dewan Negeri telah memberikan kerjasama agar pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik. Penggal pentadbiran berbaki kurang lebih setahun sahaja lagi. Mengapa tidak boleh tunggu sehingga keadaan kesihatan dan ekonomi lebih stabil?

Advertisement

Kami juga cukup yakin inilah kerisauan, hasrat serta nurani rakyat biasa pada ketika ini. Bahkan pelaksanaan pilihanraya negeri yang bakal menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 juta adalah suatu pembaziran wang rakyat. Malangnya, UMNO sedikit pun tidak empati kepada rakyat yang sedang berada dalam keadaan sukar.

Ini adalah pilihanraya yang dipaksakan dan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Apa pun, PH Johor akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mempersiapkan diri berhadapan situasi ini.

YB AMINOLHUDA HASSAN
Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Johor
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor

Advertisement

YB SYED IBRAHIM SYED NOH
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor

LIEW CHIN TONG
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top