BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Potongan gaji Menteri dan Timbalan Menteri boleh selamatkan ekosistem pekerjaan

Dr-Zaliha-Mustafa.jpg
Advertisement

Oleh : Dr Zaliha Mustafa

Saya amat kesal dengan pernyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan apabila beliau seolaholah berlepas tangan apabila menyatakan bahawa paras gaji permulaan siswazah yang rendah bukan pendirian kerajaan bahkan ia adalah persetujuan antara dua pihak iaitu majikan dan pekerja, katanya lagi, itu adalah lebih baik daripada membiarkan siswazah itu menganggur.

Sebagai seorang Menteri beliau seharusnya memastikan Akta Kerja 1955 (Akta 265) itu dipatuhi Majikan demi memastikan ekosistem penggajian pekerja lebih terjamin bagi mengelakkan majikan dari berbuat sesukanya dan mengambil kesemputan keatas upah yang seharusnya dibayar kepada pekerja, apatah lagi terhadap graduan siswazah.

Advertisement

Laporan Perangkaan Malaysia ( DOSM ) yang melaporkan majoriti golongan lepasan siswazah ini menerima antara RM1,001 hingga RM1,500 sahaja, sungguh mengejutkan kerana ia kurang dari apa yang saya sendiri terima apabila saya mula bekerja lebih 30 tahun dahulu. Mana mungkin mereka dapat meneruskan kehidupan perorangan apatah lagi keluarga, apabila kos sara hidup harian atau bulanan melebihi daripada apa yang mereka perolehi.

Saya menyarankan potongan gaji kepada Menteri, Timbalan Menteri mahupun Duta tahap Menteri yang mencecah puluhan bahkan ratusan ribu setiap bulan itu.

Bahkan hapuskan sahaja posisi Timbalan Menteri yang tidak kelihatan pun fungsinya dan kembalikan kedudukan GLC kepada yang selayaknya.

Advertisement

Ini semua bakal membuka ruang untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan penjawat awam yang bukan sahaja menyumbang kepada kekurangan sumber manusia bahkan juga kecekapan pentadbiran kerajaan daripada wang rakyat disalahgunakan untuk memenuhi tembolok kerakusan hanya beberapa orang “political master”.

Dr Zaliha Mustafa merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top