BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] PN – Bermula dari pengkhianatan, berakhir dengan penderhakaan – DAP Johor

SHEIKH-‘UMAR-BAGHARIB-ALI.jpeg-1.jpg
Advertisement

Oleh: Sheikh Umar Bagharib Ali

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara.

Ternyata, setahun lebih kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin mentadbir negara hanyalah menyaksikan kerajaan ini bermula dengan sebuah pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan berakhir dengan penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu.

Advertisement

Kerajaan Perikatan Nasional hakikatnya adalah sebuah episod Kerajaan Gagal yang hakikatnya menjadi sebuah perikatan yang terhasil dari Pengkhianatan Nasional dan kini Penderhakaan Nasional.

Ini adalah satu titik sejarah yang akan disaksikan oleh anak Malaysia semua bangsa di tanah tumpah darah tercinta ini bagaimana kerajaan yang ada ini dilihat tidak menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang bahkan mengkesampingkan peranan Raja-raja Melayu seperti mana diperakukan dalam semangat Raja Berperlembagaan.

Sheikh Umar Bagharib Ali, merupakan Adun Paloh, Johor merangkap Naib Pengerusi DAP Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top