BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] PM, kabinet tak hormat raja berperlembagaan, hina Parlimen dan khianat prinsip demokrasi

Hassan-Karim.jpeg

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (Gambar Ehsan Malaysiakini)

Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Malaysia sebuah negara demokrasi yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Malaysia bukan negara republik seperti Indonesia atau Amerika Syarikat.

Advertisement

Malaysia juga bukan negara raja berkuasa mutlak seperti Brunei atau Arab Saudi.

Patut dihargai dan dipandang tinggi jika Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan menghormati peranan Parlimen sebagai badan perundangan di mana segala urusan undang-undang dan kewangan negara dibentang, dibahas dan diputuskan di dalam Parlimen.

Justeru itu, patut dipandang hina pula terhadap Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(1) dan 43(2)(a) tetapi ingkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua Ordinan Darurat dibentangkan, dibahas dan diputuskan di Parlimen.

Advertisement

Perdana Menteri Malaysia Mahiaddin Yassin dan seluruh Kabinetnya bukan sahaja tidak menghormati raja berperlembagaan, menghina Parlimen dan Perlembagaan malah ia mengkhianati prinsip tunjang demokrasi berparlimen.

Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dan Kabinetnya mengkhianati kuasa dan mandat rakyat dengan menggantung Parlimen dan hari ini menutup Parlimen sebagai jalan mudah untuk ia terus berkuasa.

Saya selaku seorang ahli parlimen menuntut tanggungjawab bersama seluruh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin mengambil jalan terhormat dan bermaruah supaya meletakkan jawatan seberapa segera.

Advertisement

Anda semua yang menganggotai Badan Eksekutif sudah hilang keabsahan atau legitimasi untuk mentadbir Malaysia tercinta ini.

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top