BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] PKR Johor lantik 32 penyelaras DUN dan parlimen

PKR-Johor-penyelaras-DUN-Parlimen.jpg
Advertisement

Oleh: Naim Jusri

KEADILAN Johor bergerak kehadapan mempersiapkan jentera di peringkat akar umbi bagi menghadapi PRU 15 yang bakal menjelang.

Justeru, lantikan penyelaras Parlimen dan DUN berkuatkuasa 18 April 2021 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN untuk menegakkan agenda pembelaan rakyat dan reformasi terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 dan kesukaran ekonomi.

Advertisement

Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada usaha bagi memberikan suntikan ke arah memantapkan lagi persediaan pilihanraya melalui kerjasama dan muafakat diantara Cabang-cabang KEADILAN serta rakan-rakan komponen PH.

KEADILAN Johor yakin lantikan 32 Penyelaras yang merangkumi 25 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen ini merupakan sebahagian daripada usaha awal gerakerja untuk memberi fokus dan tumpuan kepada kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang strategik di Johor.

KEADILAN Johor percaya kesemua Penyelaras yang terlantik akan menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi prinsip, rakyat dan parti.

Advertisement

Berikut merupakan senarai Penyelaras Parlimen:

1. P140 Segamat – Sdr Yuneswaran A/L Ramaraj
2. P146 Muar – Sdr Naim Jusri
3. P149 Sri Gading – YB Ysahrudin Hj Kusni
4. P150 Batu Pahat – YB Mohd Khuzzan Abu Bakar
5. P153 Semberong – Sdr Mohd Shahrun Radzi Salehudin
6. P164 Pontian – Sdr Haniff Hosman
7. P165 Tg Piai – Dr. Zaliha Mustaffa

Senarai Penyelaras DUN:

Advertisement

1. N01 Buloh Kasap – Sdr Francis Sales A/L Balan
2. N03 Pemanis – Sdr Mohd Norfaiz Aladin
3. N05 Tenang – Sdr Yoong Thau
4. N08 Bukit Pasir – Sdr Subramani A/L Chami
5. N09 Gambir – Sdr Mohd bin M Said
6. N16 Sg Balang – Sdr Abdullah Sahid
7. N18 Sri Medan – Sdr Azmi Masrani
8. N20 Semarang – Sdr C Kalytas A/L Chandrahasan
9. N22 Parit Raja – Sdr Naquib Carmeil
10. N25 Rengit – Sdr Malikfaishal Ahmad
11. N27 Layang – Layang – Sdr Wong Yung Chin
12. N31 Kahang – Sdri Haryati Abu Nasir
13. N32 Endau – Sdr Omar Mokhtar A Manap
14. N33 Tenggaroh – Sdri Zulinah Johari
15. N34 Panti – Sdr Fakharudin Moslim
16. N36 Sedili – Sdri Hamidah Hamid
17. N37 Johor Lama – Sdr Steven Chin
18. N39 Tanjong Surat – Sdr Chong Chun Yet
19. N41 Puteri Wangsa – Sdri Napsiah Khamis
20. N43 Permas – Dr. Zammil Najwah Arbain
21. N44 Larkin – Sdr Mohd Salleh Ahmad
22. N47 Kempas – Sdr Muhammad Faezzudin Puad
23. N50 Bukit Permai – Sdr Mohd Syafiq Hatta
24. N53 Benut – Sdr Nazri Ismail
25. N56 Kukup – Sdr Mohd Zaiful Bakri

Tahniah diucapkan kepada semua Penyelaras.

Reformasi!

Advertisement

Naim Jusri merupakan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top