BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Pendidikan seks; guru harus ada empati

dr-zaliha-mustafa.jpg
Advertisement

Oleh: Dr Zaliha Mustafa

Saya memuji dan merasa bangga dengan pelajar perempuan yang telah mendedahkan sikap atau ‘attitude’ seorang guru lelaki yang mempersendakan jenayah rogol dalam mata pelajaran PJK ketika membincangkan isu ”Sexual Harrasment” di sebuah sekolah dan kini telah menjadi perhatian umum.

Apapun kejadian seperti itu adalah suatu perkara yang tidak wajar dan perlu segera dihentikan agar tidak lagi berulang.

Advertisement

Pendidikan seks di bawah sukatan pelajaran PJK dengan tajuk Pendidikan Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS) ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibawa oleh seorang guru yang tiada atau kurang pengalaman mengajar.

Apatah lagi ia perlu disulami dengan rasa empati dan pemahaman isu yang mendalam kenapa subjek ini harus diajar di peringkat sekolah lagi dah apakah hasil akhir yang perlu dicapai.

Saya menggesa selain dari siasatan dilakukan ke atas kejadian ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus juga melihat kepada latar belakang guru yang bakal dipertanggunjawabkan untuk mengajar, bahkan juga cara atau metodologi terbaik untuk mengajar subjek ini dengan menggunakan bantuan alat pandang dengar atau mungkin juga teknologi terkini agar suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif kepada guru dan pelajar dan akhirnya mencapai objektif yang dikehendaki.

Advertisement

Dr. Zaliha Mustafa merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Pengarah Dasar, Strategi dan Latihan PKR dan mantan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top