BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Mengapa pengarah KKM dibenar hadir mesyuarat PAC di bangunan parlimen?

hassan-karim-pasir-gudang.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Pada hari Isnin 2 haribulan Ogos 2021 telah berlaku satu keadaan di mana semua jalanraya dan lorong-lorong ke Bangunan Parlimen telah disekat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan menghalang ahli-ahli parlimen datang ke Bangunan Parlimen.

Isnin 2 Ogos 2021 adalah hari terakhir bagi Persidangan Khas Dewan Rakyat yang telah bermula pada 26 Julai 2021. Dijadualkan pada 2 Ogos tersebut akan dibentangkan penerangan, pada asalnya oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pertahanan berkenaan Proklamasi Darurat.

Advertisement

Perlu dinyatakan bahawa pada pukul 11.42 pagi bertarikh 13 Julai 2020, telah dibentangkan di Dewan Rakyat suatu usul berkenaan Jalan-Jalan Masuk Ke Parlimen oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin yang berbunyi seperti berikut:

“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Takiyuddin bin Hassan telah menyokong usul itu.

Advertisement

Persidangan Khas Dewan Rakyat pada Isnin 2 Ogos 2021 adalah suatu persidangan dalam Penggal Ketiga Parlimen Keempat belas. Penggal Ketiga masih berkuatkuasa. Ini bermakna Usul Menteri Dalam Negeri berkenaan Jalan-Jalan Masuk Ke Parlimen bertarikh 13 Julai 2020 masih berkuatkuasa.

Saya sebagai seorang ahli parlimen ingin jawapan daripada Ketua Polis Negara Malaysia, iaitu adakah Ketua Polis Negara tahu akan wujudnya Usul Dewan Rakyat tersebut?

Jika Ketua Polis Negara tahu tentang wujudnya Usul tersebut, mengapakah dibenarkan anggota-anggota polis PDRM termasuk Unit FRU ditempatkan di jalan-jalan ke Bangunan Parlimen untuk menghalang ahli-ahli Parlimen masuk ke Bangunan Parlimen?

Advertisement

Seterusnya saya ingin jawapan daripada Ketua Polis Negara bahawa adakah Ketua Polis Negara tahu akan wujudnya Seksyen 124, 124B dan 124C Kanun Acara Jenayah yang mengenakan hukuman penjara ke atas kesalahaan menghalang ahli-ahli parlimen daripada menjalankan tugas mereka dan juga kesalahan kerana melakukan aktiviti atau cuba melakukan aktiviti yang menjejaskan amalan demokrasi berparlimen di negara ini?

Jika Ketua Polis Negara cuba menjawab dengan memberi alasan bahawa ditakuti wujudnya risiko jangkitan Covid-19 di Bangun Parlimen, maka saya ingin kepastian daripada Ketua Polis Negara iaitu adakah kawasan kompleks Bangunan Parlimen telah diwartakan atau digazetkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Yang Diperketatkan (PKPD)?

Saya ingin kemukakan penjelasan kepada Ketua Polis Negara bahawa Surat Penangguhan Sidang Khas Parlimen 2 Ogos 2021 yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat menyebutkan alasan penangguhan sidang Dewan Rakyat itu atas nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan besar berlakunya risiko jangkitan Covid-19 berpunca daripada varian yang berbahaya.

Advertisement

Jadi soalan terakhir saya, secara bersama-sama kepada Ketua Polis Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengapakah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dibenarkan masuk ke Bangunan Parlimen yang dikatakan berbahaya jangkitan Covid-19 pada pagi yang sama Isnin 2hb Ogos 2021 untuk memberi keterangan kepada Mesyuarat JawatanKuasa Pilihan Khas Kira-Kira Kewangan Parlimen (Public Account Committee)?

Mengapakah Mesyuarat Public Account Committee, PAC itu dibenarkan berjalan seperti biasa, dan mengapakah Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan dibenarkan masuk ke Bangunan Parlimen tetapi ahli-ahli Parlimen disekat, dihalang dan dinafikan hak mereka untuk datang ke Persidangan Khas Dewan Rakyat?

Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top