BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Mahiaddin atau Muhyiddin ?

napsiah-khamis.jpg
Advertisement

Kecoh kebelakangan ini nama Perdana Menteri yang sebenar adalah Mahiaddin Md Yasin bukan Muhyiddin Yassin sepertimana yang kita ketahui selama ini.

Semuanya terbongkar apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah penahanan Awang Sari Lasikan, yang berasal dari Sabah kerana bekas Menteri Dalam Negeri itu menandatangani dokumen penahanan menggunakan nama glamor Muhyiddin.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana jelas dinyatakan di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 iaitu nama yang dinyatakan dalam warta adalah Mahiaddin Md Yasin, iaitu nama dalam MyKad-nya.

Advertisement

Tak mungkin Mahiaddin Md Yasin tidak sedar wujudnya akta yang sebegitu penting ini?

Timbul juga beberapa persoalan penting seperti berapa banyak dokumen berkaitan keselamatan negara yang ditandatangani Mahiaddin menggunakan nama glamor? Sewaktu angkat sumpah menjadi Perdana Menteri, beliau menggunakan nama Muhyiddin atau Mahiaddin?

Sah atau tidak pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri? Ketika bertanding piliharaya, atas kertas undi menggunakan nama sebenar atau nama popular?

Advertisement

Bimbang terlalu asyik dengan nama glamor, Mahiaddin tanpa sedar atau lupa tentang isu keselamatan yang jauh lebih berat dan besar.

Jadi saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan sejelas-jelasnya berkaitan isu ini dan memberi jaminan supaya ianya tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Dah cantik ibu ayah beri nama sebenar dengan maksud yang baik, yang dibanggakan nama glamor juga. Kasihan.

Advertisement

Napsiah Khamis
Ketua Wanita KEADILAN Johor

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top