BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Letak calon di DUN Larkin, MUDA masih ada masa pertimbang tindakan sebelum hari penamaan

syed-ibrahim-syed-saddiq.png
Advertisement

Saya maklum akan pengumuman calon oleh MUDA di kerusi N44 Larkin semalam dalam keadaan di mana KEADILAN telah pun mengumumkan calonnya di kerusi yang sama pada 14 Februari lalu.

Saya amat kesal akan tindakan MUDA tersebut kerana ia jelas tidak menghormati semangat kebersamaan pembangkang dalam membela masa depan rakyat dan negeri Johor dalam PRN.

Saya sedar mungkin tindakan ini diambil kerana kerusi yang dituntut oleh MUDA dalam rundingan tidak dipersetujui oleh KEADILAN.

Advertisement

Namun wajar saya tegaskan dan ingatkan bahawa tindakannya itu bercanggah dengan pendekatan membawa suara rakyat dan lawan musuh bersama, malah lebih buruk lagi, ia seolah-olah memberi kemenangan kepada lawan.

KEADILAN tidak akan mengambil langkah serupa untuk melanggar kerusi MUDA pula kerana menghormati rakan-rakan Amanah dan DAP dalam PH. Itu tindakan kurang bijaksana malah akan dicemuh oleh pengundi dan rakyat yang sudah pun muak dengan politik perebutan kuasa. KEADILAN akan terus bertanding di kerusinya untuk memenangi hati pengundi.

KEADILAN hanya akan tumpu kepada membantu calonnya dan calon Amanah serta DAP dalam PRN ini, sekiranya MUDA tetap meletakkan calonnya di kerusi ditandingi KEADILAN.

Advertisement

MUDA masih ada masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum penamaan calon pada 26 Februari.

Memang benar bahawa rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik.

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor
Parti Keadilan Rakyat

Advertisement

Share this post

scroll to top