BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Kesan pandemik Covid-19: Isu pendidikan perlu diselesaikan

dr-maszlee-malik.jpg
Advertisement

Oleh : Dr Maszlee Malik

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) ingin menekankan bahawa prinsip ‘Pendidikan Berkualiti Untuk Semua’ dan ‘Pendidikan Adalah Tanggungjawab Bersama’ tidak boleh digadaikan.

Di kala kita menghadapi saat getir sekarang ini, Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjadi pemudah cara untuk menggembleng tenaga semua untuk rakyat bangkit seiring senada bersama membangunkan pendidikan negara.

Advertisement

Selain dari para guru, ibu bapa yang secara tidak langsung menjadi guru di rumah tatkala PdPR berlangsung memerlukan bimbingan, bahan sokongan dan juga panduan untuk membimbing anak-anak.

Hal ini juga perlu diberikan perhatian. Di beberapa negara luar seperti yang dilaporkan oleh UNESCO, mereka menyediakan saluran khusus dan program-program penerangan di media untuk membimbing ibu bapa bagi tujuan Pendidikan anak-anak.

JKPPH menggesa agar:

Advertisement

a) KPM berkongsi data murid cicir serta menyatakan pelan mereka untuk memperbaiki keadaan dan langkah-langkah pemulihan.

b) KPM perlu juga berkongsi data keberkesanan PdPR dan membentang pelan penambahbaikan demi kelangsungan pendidikan murid-murid di seluruh negara.

c) KPM seharusnya mewujudkan satu laman web rujukan yang khusus (one stop center) kepada para guru dengan memuatkan bahan pengajaran, modul dan latihan yang boleh digunakan untuk PdPR.

Advertisement

d) Kerajaan perlu menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang dianggotai oleh pakar, professional, ahli akademik dan wakil daripada para guru dan persatuan ibu bapa untuk merangka pelan bersepadu pendidikan pasca COVID-19. Hal ini telah berkali-kali dibawa oleh pelbagai pihak namun dipandang sepi oleh kerajaan.

e) Pihak kerajaan menggembleng tenaga di antara KPM, KKMM dan agensi-agensi lain untuk memperbanyakkan lagi siaraya, mesej video tular dan rancangan di televisyen untuk membimbing ibu bapa bagi membantu anak-anak sepanjang PdPR berlangsung.

Dr Maszlee Malik merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top