BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Kerajaan wajib bantu peniaga dan pekerja bazar yang ditutup – PKR Pulai

faezuddin-puad-amk-pulai-johor-bazar.jpg
Advertisement

Oleh : Faezuddin Puad

Merujuk kepada surat ‘Arahan Penutupan Bazar Ramadan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan’ yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyatakan bahawa sebanyak 22 bazar Ramadan di seluruh negara perlu ditutup berkuatkuasa esok 1 Mei 2021 (Sabtu).

Alasan yang diberikan kerana HIDE (Hotspot Identification by Dynamic Engagement), Bank Negara telah mengesan ancaman penyebaran jangkitan COVID-19 di kawasan bazar tersebut.

Advertisement

Salah satu bazar yang terlibat dalam penutupan operasi ini adalah Bazar Ramadan di @mart Kempas yang terletak di dalam DUN Kempas.

Tujuan saya menyinggung isu ini bukan hendak menentang malah saya menyokong segala arahan yang digariskan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Walaubagaimanapun, saya berpandangan kerajaan sewajarnya mengambil kira implikasi yang bakal ditanggung para peniaga bazar sebelum mengeluarkan arahan ini. Sudah pasti para peniaga akan mengalami kerugian sekaligus tidak dapat menggajikan para pekerja sepanjang bazar ditutup.

Advertisement

Justeru, saya mendesak kerajaan supaya dapat menyalurkan bantuan kewangan yang setimpal kepada semua peniaga dan pekerja bazar yang terjejas dan segera menetapkan satu tarikh pembukaan semula bazar Ramadan ini bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Faezuddin Puad merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top