BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Kerajaan, kabinet bertanggungjawab jika kurnia Najib tanah dan bina rumah bernilai RM100 juta

hassan-karim.png
Advertisement

Oleh: Hassan Karim

Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan seluruh kabinet pimpinannya bertanggungjawab melakukan kesalahan jenayah salah guna kuasa dan pecah amanah jenayah jika telah meluluskan permohonan bekas Perdana Menteri Keenam Najib Razak untuk mengurniakan Najib dengan sebidang tanah dan sebuah rumah sebagai hadiah kepada bekas Perdana Menteri itu yang kesemuanya bernilai RM100 juta ringgit.

Mengapa saya katakan ini satu kesalahan jenayah salah guna kuasa dan pecah amanah jenayah?

Advertisement

Najib Razak sekarang telah disabitkan kesalahan jenayah dengan hukuman penjara 12 tahun dan juga denda oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib tidak masuk penjara sekarang hanya kerana terdapat perintah penggantungan perlaksanaan hukuman (stay of execution).

Tetapi Najib kekal telah dijatuhkan sabitan pertuduhan (convicted). Keputusan sabitan atau conviction ke atas Najib tidak ada penggantungan atau stay.

Advertisement

Rayuan kes Najib belum selesai.Ini bermakna Najib kekal bersalah dan keputusan sabitan ke atasnya menjadikan Najib seorang tertuduh yang bersalah atas tuduhan jenayah yang tidak layak mendapat sebarang hadiah atau kurniakan atau ganjaran dari pihak Kerajaan.

Sebagai ahli parlimen, saya meminta supaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membatalkan dengan segera keputusan untuk mengurniakan RM100 juta wang rakyat, wang negara, wang pembayaran cukai kepada seorang yang telah dan sedang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi.

Hassan Abdul Karim merupakan ahli parlimen Pasir Gudang

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top