BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Insiden LRT: Kementerian Pengangkutan perlu pastikan keselamatan rakyat terjamin

syed-ibrahim-syed-noh-mp-ledang.png
Advertisement

Oleh : Syed Ibrahim Syed Noh

Insiden kemalangan yang melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi amat mengejutkan dan serius.

Saya ingin menyampaikan salam takziah kepada mangsa kemalangan dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan. Sekalung terima kasih juga kepada petugas keselamatan dan kecemasan yang terlibat.

Advertisement

Dalam hal ini, penekanan wajar diberikan kepada pemeriksaan aspek-aspek yang mengakibatkan kemalangan secara terperinci. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali harus bertanggungjawab dalam memastikan ketelusan siasatan memandangkan tahap kemalangan yang serius.

Kementerian Pengangkutan serta pihak berkenaan juga wajar memantau perkembangan keadaan mangsa-mangsa dan orang awam yang terlibat.

Kementerian wajar terus mengemaskini maklumat berkenaan prosedur keselamatan kepada rakyat supaya tidak timbul isu kebimbangan terhadap penggunaan kenderaan awam terutamanya LRT.

Advertisement

Selain itu, merujuk kepada pengumuman Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkenaan pengurangan kekerapan perjalanan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah MyRapid, saya menggesa agar penetapan ini dinilai semula kerana ia akan membawa kepada kesesakan semasa waktu puncak.

Seperti yang dikongsi dalam media sosial hari ini, kesesakan berlaku di stesen-stesen tumpuan semasa waktu puncak orang awam ke tempat kerja.

Syed Ibrahim Syed Noh merupakan ahli parlimen Ledang, merangkap Jurucakap Pengangkutan Parti KEADILAN Rakyat

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top