BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Hentikan intimidasi, prejudis dan pelanggaran hak-hak Orang Asal

Selamat-Hari-Orang-Asal-AMK-Johor-Mazerol-Way-Ah-Lon.jpg
Advertisement

Oleh: Mazerol Way Ah Lon

Tema Hari Orang Asal Sedunia tahun ini adalah “Leaving No One Behind: Indigenous peoples and the call for a new social contract” atau yang membawa maksud “Tidak Meninggalkan Sesiapapun: Masyarakat Orang Asli dan seruan untuk kontrak sosial baru”.

Semoga dengan tema ini bahawasannya hak Orang Asal akan terus dihormati dan dilindungi oleh pemerintah mana-mana negara yang berkepentingan terhadap komuniti Orang Asal.

Advertisement

Segala bentuk intimidasi, memprejudis atau mempelanggari piawaian antarabangsa berkaitan hak-hak Orang Asal haruslah dihentikan dengan kadar yang segera. Kekejaman dan penindasan bukanlah satu kemenangan yang abadi jika iainya mencelakakan keperluan insani lain untuk meneruskan kehidupan.

Saban tahun, pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan memperingati serta meraikan sambutan Hari Orang Asal pada setiap 9 Ogos di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pelbagai acara bagi memperlihatkan tentang kepentingan untuk melindungi golongon minoriti ini.

Akhir kalam, semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang aman dan makmur serta terus menghormati hak sejagat semua kaum sebagai sebuah negara yang mengamalkan kehidupan secara majmuk dan berbilang kaum.

Advertisement

Mazerol Way Ah Lon merupakan Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Johor dan juga aktivis masyarakat Orang Asli

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top