BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Hentikan hukuman antara dua darjat

dr-zaliha-mustafa-1.jpg
Advertisement

Oleh : Dr Zaliha Mustafa

Berita yang menghiasi dada akbar serta media sosial berkenaan denda yang terlampau yang dikenakan kepada seorang peniaga burger sebanyak RM50,000 atas “kesalahan” yang kecil amat dikesali.

Apatah lagi yang didenda itu dikabarkan tidak pun melakukan seperti yang didakwa dan hanya berniaga kecil-kecilan di tepi rumah untuk menampung kehidupan keluarga yang semakin menghimpit.

Advertisement

Sangat menyedikan apabila ianya berlaku di sebuah negara yang menegakkan Sistem Hukum serta kesopanan dan kesusilaan pula menjadi ikrar dalam Rukun Negara. Perkara yang terus-terusan belaku dari hari ke hari seperti ini semakin menyesakkan dada.

Agensi penguat kuasa melakukan tindakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa timbang rasa dan simpati.

Rakyat marhaen dihukum mengikut kehendak hati, tanpa diberi ruang siasatan duduk perkara yang sebenar, sedangkan mereka yang berkuasa dan punya nama besar dibiarkan dan dibenarkan melakukan kesalahan bahkan terkadang sengaja dilindungi perbuatan mereka!

Advertisement

Sistem feudal yang tanpa belas ini wajib segera dihentikan. Rakyat tanpa mengira status masyarakatnya harus merasa aman, sejahtera serta dilindungi dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berpelembagaan seperti Malaysia ini, apatah lagi yang mendokong Islam sebagai agama rasminya.

Dr. Zaliha Mustafa merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Pengarah Dasar, Strategi dan Latihan PKR dan mantan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top