BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Henti cipta keraguan, tumpukan Pakatan Harapan

taqiuddin-cheman.jpg
Advertisement

Oleh : Muhammad Taqiuddin Cheman

Pemuda AMANAH menyeru agar Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikepalai Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu segera bertindak mengikut perkembangan semasa untuk menarik semula keyakinan rakyat.

Mesej dan isyarat jelas tanpa selindung daripada pemimpin utama UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam yang menyatakan ‘NO PPBM, NO Anwar, NO DAP” perlu menjadi sempadan untuk Pakatan Harapan membina semula kekuatan dan bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Advertisement

Pemuda AMANAH berpandangan sekiranya tumpuan tidak diberikan untuk membuat tawaran baru kepada rakyat dalam menangani masalah semasa khususnya dalam hal ekonomi dan pengangguran yang semakin meningkat, PH akan menghadapi risiko penyusutan sokongan untuk berdepan dengan rakyat.

Penyesuaian semula untuk membentuk Jawatankuasa yang bertindak meneliti dan menyusun cadangan bernas seperti Buku Jingga yang dibuat sebelum ini semasa Pakatan Rakyat, harus menjadi keutamaan dalam memandu hala tuju dan menarik perhatian rakyat dalam meraih sokongan.

Namun sekiranya masa yang ada lebih ditumpukan kepada melayan kerenah politik yang tidak menemui solusi yang meyakinkan rakyat, Pemuda AMANAH bimbang rakyat akan sekali lagi kecewa dengan peristiwa pengkhianatan Langkah Sheraton sehingga tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih rakyat.

Advertisement

Perlu kita akui bahawa kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam PH sebelum ini adalah kelemahan kita bersama dan perlu segera diperbaiki.

Pemuda AMANAH yakin, dengan perkembangan semasa politik hari ini, tidak ada mana-mana pihak atau parti yang mempunyai kedudukan selesa untuk menyatakan kemenangan akan berpihak kepada mereka, tetapi kestabilan, kesatuan, kesungguhan dan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat bakal menentukan siapa yang bakal menerajui Putrajaya.

Muhammad Taqiuddin Cheman merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top