BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Empat DUN di kawasan Johor tengah penting kepada PH

chew-chong-sin.jpg

Oleh: Chew Chong Sin

Kerajaan BN/PN yang tidak prihatin, tidak ambil peduli langsung 7,234 kes positif direkod di Malaysia kelmarin. Kerajaan BN-PN yang tidak prihatin dan tidak sensitif ini, juga tidak ambil peduli langsung masyarakat Tionghua yang sedang menyambut Tahun Baru Cina. Kerajaan BN-PN ini tidak ambil peduli langsung, kerana mereka sibuk merebut kuasa, sehingga membubarkan Dewan Negeri Johor.

Di Johor tengah, empat kawasan DUN di Johor tengah merupakan kawasan pertahanan penting bagi Pakatan Harapan, juga penting demi menolak kerajaan hegemoni dan autokratik.

Sejak pilihan raya yang lepas, saya mengutarakan Pelan Pembangunan Strategi “Lembaran Johor Tengah”, 4 kawasan DUN di Johor tengah boleh berkolaborasi demi mengintegrasikan pertanian moden, pemprosesan produk pertanian, agro tourism dengan keunikan sumber semula jadi, kebudayaan dan sejarah di Johor tengah.

Kita perlu menang keempat-empat kawasan DUN ini, supaya dapat menjayakan rancangan ini untuk rakyat Johor tengah.

Dalam tempoh jawatan saya, saya juga mencadangkan pembinaan lebuh raya Johor Tengah dari pantai barat ke pantai timur. Menurut Rancangan Fizikal Negara Ke-4, kita memerlukan satu Zon Promosi Pembangunan Batu Pahat-Kluang, demi mempercepatkan perkembangan ekonomi dan rangkaian jalan raya di Johor Tengah. Demi merealisasikan Zon Pembangunan Batu-Pahat-Kluang, sokong calon PH di kawasan-kawasan DUN dari Kluang hingga ke Batu Pahat.

Kerajaan BN-PN hanya peduli tambahkan lebih ADUN, tambahkan lebih kuasa, tambahkan lebih banyak keistimewaan, tetapi tidak peduli bagaimana dapat mencegah wabak dengan lebih berkesan, kerajaan banjir ini tidak berupaya menangani masalah banjir, tidak dapat menyelesai masalah kenaikan harga ayam dan makanan, tidak membantu graduan untuk mendapatkan kerja dengan lebih banyak gaji. Ini kerajaan dua darjat, ini kerajaan gagal. Kita tolak!

Demi kepentingan rakyat, jangan wujudkan kerajaan dorminant yang dikuasai oleh satu parti atau perikatan. Hari ini, mereka boleh bubarkan dewan negeri kerana merebut kuasa. Nanti mereka akan membuat apa saja jika memang. Oleh itu, demi kepentingan rakyat, sokonglah calon PH, undilah calon PH. Hantar mereka ke Dewan Negeri Johor.

Di Kluang, beberapa projek masih belum siap dilaksanakan. Saya akan teruskan nantikan seperti Taman Railway Kluang, jalan sambungan dari Jalan Renggam ke Jalan Kota Tinggi, dan menjadikan Kluang sebuah bandar yang sesuai didiami (liveable city).

Terima kasih kepercayaan daripada parti, semoga pengundi akan memberikan amanah kepada saya sekali lagi.

Harapan Johor bermula di Johor Tengah, Harapan Johor tengah bermula di Kluang.

Chew Chong Sin merupakan calon PH DUN Mengkibol

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top