BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Di manakah bahan-bahan pembelajaran KPM?

maszlee-malik-simpang-renggam.jpg

Dr Maszlee Malik

Advertisement

Oleh: Dr Maszlee Malik

Sejak berlakunya pandemik Covid-19, lanskap pendidikan negara telah turut berubah kearah digital secara total. Kaedah pembelajaran bersemuka di sekolah kini telah digantikan dengan mode pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara online, offline dan offsite sejak pengumuman PKP pada 18 mac 2020.

Saya tabik hormat kepada guru di 10,224 buah sekolah yang terus komited untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran kepada anak murid tetap dilaksanakan walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan masalah liputan internet untuk mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sesetengah Kawasan di Malaysia.

Advertisement

Hakikatnya terdapat warga pendidik telah mengambil inisiatif mengeluarkan wang gaji sendiri untuk membeli peralatan seperti kamera webcam, bahkan ada juga yang membina studio mini di rumah bagi membina video kandungan PdP secara penstriman siaran langsung untuk tujuan PdPR.

Video bahan pengajaran dan pembelajaran yang direkodkan oleh guru lazimnya dikongsikan kepada murid melalui melalui jaringan media digital seperti Youtube, Facebook, Twitter, Whatsapp dan telegram serta Portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). DELIMa merupakan pelantar milik KPM yang menawarkan perkhidmatan percuma di Google Classroom (GC) sejak menggantikan Pelantar Frog VLE setelah tamatnya kontrak 1Bestarinet pada 30 Jun 2019 semasa saya masih lagi memegang sebagai Menteri Pendidikan pada ketika itu.

Hampir 5 juta murid dan 411 ribu guru telah dibekalkan ID untuk mengakses portal DELIMa untuk mendapatkan bahan digital seperti Buku Teks Digital Asas (BTDA), Video On Demand Video Kurikulum Portal EduwebTV dan pautan aplikasi percuma seperti Google Classroom, Canva.

Advertisement

Walaubagaimanapun, saya berasa musykil ke manakah perginya bahan-bahan digital multimedia eBahan & Courseware KPM yang pernah dibangunkan oleh KPM suatu waktu dahulu yang berada di ‘Moe Repository’ di Frog VLE (YTL).

Saya ingat lagi, sebelum di waktu saya di Kementerian, bahan-bahan ini dahulu telah dibekalkan melalui CD ke sekolah-sekolah. Bahan-bahan tersebut telah dinaiktaraf formatnya (dengan kos kepada kerajaan) kepada format Sharable Content Object Reference Model (SCORM) digunapakai secara atas talian melalui Repository Moe di Frog VLE sebelum DELIMa diwujudkan.

Untuk rekod, bahan kandungan multimedia ebahan dan courseware interaktif yang telah dibangunkan menggunakan peruntukan kerajaan diselia oleh pemegangtaruh pada ketika itu melalui Sektor Pembangunan Epembelajaran (Dahulu dikenali Sektor Teaching Learning Materials atauTLM), di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. Maknanya, bahan-bahan tersebut merupakan hak milik KPM.

Advertisement

Mewakili rakyat dan warga pendidik, saya ingin penjelasan daripada YB Menteri Kanan Pendidikan dan 2 Timbalan Menteri Pendidikan:

1) Di manakah repositori digital ebahan dan courseware interaktif bernilai hampir bilion ringgit yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui syarikat yang telah dianugerahnya sejak bermula wujudnya Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah?

Hakikatnya, bahan digital ebahan courseware yang telah dibangunkan oleh vendor KPM, sepatutnya boleh diakses melalui pelantar DELIMa dan boleh digunakan oleh guru dan murid-murid semasa berlakunya pandemik Covid-19. Bahan-bahan tersebut boleh mengurangkan tekanan guru bagi persediaan PdPR untuk murid. Sekarang ini, majoriti guru-guru terpaksa membuat kandungan baharu, walaupun bahan-bahan lama tersebut pernah ada dan boleh digunapakai oleh KPM.

Advertisement

Hal ini memerlukan penjelasan dari KPM.

Dr Maszlee Malik merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top