Oleh: Hassan Karim
Saya dimaklumkan bahawa peperiksaan amali sains peperiksaan SPM sedang bermula sekarang. Peperiksaan SPM pula akan bermula dari 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022.
Hari mengundi pilihanraya negeri Johor pada 12 Mac 2022 manakala Undi awal pada 8 Mac 2022.
Jangkitan Covid-19 di Johor sekarang antara yang tertinggi di Malaysia.
Saya bimbang jika guru-guru sekolah menengah terlibat dalam proses pilihanraya sebagai agen atau pegawai sementara SPR yang akan melalui banyak mesyuarat, Latihan dan tugasan pilihanraya akan terkena risiko jangkitan Covid-19.
Jika itu berlaku ia akan menyebabkan guru-guru berkenaan perlu dikurantin.
Ini sudah tentu akan menjejaskan persiapan mengajar kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM.
Semoga SPR mengambil perhatian tentang hal ini.
Hassan Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang