BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Covid-19 dan nasib IPTS

dr-maszlee-malik-simpang-renggam.jpg

Dr Maszlee Malik (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

Oleh: Dr Maszlee Malik

Di waktu Covid-19 ini, kerajaan perlu mengimbangkan di antara kelangsungan pengurusan pihak IPTS dan juga kemaslahatan para pelajar. KPT juga harus memimpin dengan mengemukakan dasar dan hala tuju yang jelas.

Maka digesa agar:

Advertisement

1) Pihak IPTA/S berkolaborasi di dalam pelbagai aspek dan Perkongisan pintar merentasi IPTA/S dan universiti luar negara diperkukuhkan. IPTA/S juga harus bekerjasama untuk membangunkan dan berkongsi bahan/ sumber. Geran-geran untuk pembangunan sumber mestilah diberikan pada waktu ini, terutamanya kepada IPTA/S yang sudah pun mempunyai prasarana dan pakar-pakar untuk ODL.

2) Kerajaan memberikan subsidi bayaran yuran kepada para pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang belajar di IPTS yang memungkinkan pihak IPTS membuat penurunan yuran yang dikenakan ke atas mereka.

3) IPTS diberikan tax-holiday (perehatan cukai) buat tempoh dua tahun sehingga keadaan kembali pulih mengambil kira IPTS sebagai salah sebuah industri yang penting bagi negara.

Advertisement

4) Pengecualian cukai ke atas IPTS juga boleh dilakukan berdasarkan jumlah biasiswa yang mereka berikan kepada pelajar yang memerlukan, dan juga berdasarkan penurunan yuran yang mereka berikan kepada para pelajar tempatan.

5) Berikan pengecualian visa dan pembayaran pengurusan visa kepada EMGS bagi para pelajar antarabangsa yang mendaftar secara atas talian, dan belajar di atas talian di mana-mana IPT, samada awam mahupun swasta di waktu pandemik ini, sehinggalah mereka datang ke Malaysia.

YB Dr Maszlee Malik merupakan ahli parlimen Simpang Renggam, Johor

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top