BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Bazar ditutup, kerajaan perlu bantu peniaga terjejas – PKR Johor

bazar-ramadan-johor-ditutup.jpg
Advertisement

Oleh : Jimmy Puah Wee Tse

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memutuskan semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup mulai 10 Mei 2021, Isnin.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini pasti menimbulkan rasa susah hati dikalangan para peniaga dan pekerja bazar yang terlibat. Kebiasaannya dihujung Ramadan adalah waktu untuk para peniaga, menghabiskan stok perniagaan, mendapatkan semula modal pusingan atau menjana keuntungan.

Advertisement

Di Johor, tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi kini dalam kawasan PKP dan beribu peniaga yang kebanyakannya golongan B40 terjejas ekoran perintah mengejut ini.

Para peniaga yang terjejas begini patut dibantu oleh kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang diketuai YAB Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari telah memperuntukan RM5 juta bagi membantu 11,000 penjaja bazar Ramadan yang terjejas di negeri itu.

Ketepikan sebentar soal perbezaan warna parti. Sepatutnya kerajaan PN menjadikan tindakan pantas kerajaan PH Selangor membantu para peniaga terjejas sebagai satu contoh tauladan.

Advertisement

Dalam waktu yang kritikal begini, kerajaan PN wajib menjadi berani untuk umum pakej bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang sedang berhadapan dengan kesusahan.

Disebabkan itu, saya dengan tegas menggesa supaya kerajaan PN sama ada kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri segera mempertimbangkan sejumlah pampasan yang sesuai buat para perniaga bazar yang terjejas sepanjang tempoh perintah penutupan.

Jimmy Puah Wee Tse merupakan Ahli Dewan Negeri N51 Bukit Batu dan Timbalan Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Johor

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top