BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Barisan kabinet PN 2.0 yang menghampakan

Akmal_Nasir_Johor-Bahru.jpg
Advertisement

Oleh: Akmal Nasir

Pengumuman YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri berkaitan kabinet baharu adalah amat mendukacitakan serta boleh dianggap sebagai kabinet Perikatan Nasional (PN) ‘kitar semula’.

YAB Perdana Menteri telah melepaskan peluang yang terbaik untuk melangkaui kegagalan kerajaan PN sebelum ini, ketika rakyat mengharapkan barisan Menteri yang baharu mampu membawa Malaysia keluar dari krisis pandemik dan krisis ekonomi.

Advertisement

Namun Menteri yang dilantik adalah dikalangan majoriti menteri sama yang gagal menunjukkan sebarang pencapaian membanggakan.

Contohnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang dikecam susulan perkembangan ekonomi yang lembap serta kluster-kluster Covid yang dikaitkan dengan kilang masih dikekalkan sebagai Menteri Kanan.

Selain itu, Menteri Pendidikan yang tidak berupaya menetapkan halatuju pendidikan negara serta pendekatan yang tidak konsisten serta menyusahkan ibu bapa dilantik semula untuk terus menerajui Kementerian Pendidikan.

Advertisement

Manakala, keputusan mengekalkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipersoalkan kerana tidak menunjukkan kesungguhan menyelesaikan isu-isu terutamanya berkaitan penderaan dan kesihatan mental sepanjang pandemik menunjukkan tiada perubahan yang akan berlaku.

Begitu juga Menteri-menteri lain yang jelas gagal sebelum ini masih diletakkan di tempat sama.

Adakah lantikan semula Menteri-menteri yang gagal menggalas tanggungjawab sebelum ini merupakan habuan sebagai balasan menyokong Perdana Menteri? Perkara ini dilihat sama dengan amalan “scheme of things” yang diamalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Advertisement

Ini amat ketara bila bukan sahaja menteri yang sama dilantik ke jawatan sama atau ditukar kementerian, malah saiz kabinet juga amat besar dan merupakan satu pembaziran bilamana negara perlu memfokuskan kepada kewangan, kebajikan dan kelansungan kehidupan rakyat.

Perdana Menteri juga sebelum ini menyatakan komitmen untuk mengangkat agenda anak muda. Namun apakah Perdana Menteri benar-benar ingin mengangkat isu belia bila Menteri Belia dan Sukan sendiri bukan dari kalangan belia manakala tiada muka-muka baru pimpinan muda yang dilibatkan dalam kabinet beliau?

Jaminan Perdana Menteri bahawa tempoh 100 hari bagi membuktikan pencapaian mereka juga adalah tidak masuk akal, apabila kelompok yang sama telah terbukti gagal menangani krisis sepanjang 533 hari memerintah malah menjadikannya semakin teruk.

Advertisement

Akmal Nasir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga Ketua AMK Malaysia

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top