BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Anwar tak perlu balas kritikan Mukhriz, lebih baik tumpu isu rakyat

Hassan-Karim-Mukhriz-Mahathir.jpg

Oleh: Hassan Karim

Yang terbaru dalam kempen pilihanraya negeri Johor ialah Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengkritik Anwar Ibrahim, Pengerusi PH.

Mukhriz bandingkan Anwar dengan bapanya Mahathir dalam soal memimpin PH.

Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir dikatakan berjaya.

Apakah Anwar atau Parti Keadilan perlu menjawab dan menyerang balas komen Mukhriz itu?

Saya fikir tak payahlah.

Tak perlu. Pengundi di Johor tak suka lihat ahli-ahli politik berkelahi.

Para pengundi di Johor nak dengar apa yang orang-orang politik akan buat untuk bantu rakyat yang tengah susah sekarang.

Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada menyerang pemimpin BN dan PN.

Anwar dan Parti Keadilan khususnya elok tumpukan kempen kepada isu-isu rakyat seperti mengemukakan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup Rakyat yang semakin tinggi.

Itu lebih bererti kepada pengundi.

Hassan Abdul Karim merupakan  Ahli Parlimen Pasir Gudang

Share this post

scroll to top