BM | EN | 中文

[KENYATAAN MEDIA] Adakah kita sudah betul-betul menggapai kemerdekaan yang hakiki?

Aminolhuda-Hassan.jpg
Advertisement

Oleh: Aminolhuda Hassan

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Maksudnya: Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya (91:8)

Kemerdekaan dan kebebasan akal adalah kunci kepada kemerdekaan dan kebebasan yang hakiki. Al Quran jelas menunjukkan bagaimana Allah memberi kebebasan berakal dan berfikir kepada manusia dalam memilih yang baik mahupun yang buruk walaupun sememangnya perbuatan buruk sudah tentu ditegah.

Advertisement

Hari ini kita menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-64. Kemerdekaan yang kita capai pada tanggal 31 Ogos 1957 hasil usaha bersama seluruh lapisan masyarakat sejak bermula imperialisma tanah air dari tahun 1511 hingga menatijahkan pembentukan sebuah negara merdeka.

64 tahun telah berlalu tetapi persoalannya, adakah kita sudah betul-betul menggapai kemerdekaan yang hakiki? Merdekakah kita sekiranya rasuah masih berleluasa? Merdekakah kita sekiranya jenayah masih berleluasa? Merdekakah kita sekiranya akal kita masih terkongkong dengan racun perpecahan dan perkauman?

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ini, saya menyeru kepada semua, Ayuh Kita Merdekakan Akal Kita, Ayuh Merdekakan Akhlak Kita.
Saya yakin itulah negara Malaysia yang diidamkan oleh para pejuang kemerdekaan kita.

Advertisement

Merdeka dari sifat tamak haloba,
Merdeka dari rasuah durjana,
Merdeka dari racun perkauman sia-sia,
Merdeka dari mengkhianat dan berdusta.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat Hari Kebangsaan Ke-64

Aminolhuda Hassan merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor, Pengerusi Parti AMANAH Johor, ADUN Parit Yaani dan Ketua Pembangkang DUN Johor

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top