BM | EN | 中文

Kenyataan Hadi Awang berbaur sifat diktator

abdul-hadi-awang.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MEI: Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menggesa penjawat awam meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diihat berbaur sifat diktator.

Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, Abdul Hadi seperti mengugut kakitangan awam untuk mematuhi serta bersetuju dengan pandangan kerajaan PN.

Penjawat awam kata Zuhan, bebas menyuarakan pandangan berhubung dengan apa saja isu walau dilihat bertentangan dengan agenda dibawa kerajaan yang memerintah.

Advertisement

“Itu satu kenyataan yang tidak betul. Tidak ada dalam apa-apa syarat untuk penjawat awam memberikan pandangan terhadap perkara yang diyakini salah.

“Ini adalah ugutan yang tidak munasabah. Boleh digambarkan bahawa PN hari ini termasuk PAS cuba mengamalkan sistem pemerintahan diktator.

“Sepatutnya ugutan ini tidak perlu lahir dari seorang presiden dari mana-mana parti.

Advertisement

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

“…atau sememangnya Abdul Hadi kini telah menjadi suara bagi Perdana Menteri,” kata Zuhan ketika dihubungi.

Zuhan mencadangkan agar PN tidak meneruskan pemerintahan sekiranya mereka tidak tahan dengan suara penjawat awam yang memberi pandangan bertentangan dengan mereka.

Tambahnya, tentangan dari penjawat awam adalah manifestasi pemerintahan yang bukan dipilih oleh rakyat sebelum ini.

Advertisement

“Kalau PN dan PAS tak boleh menerima sebarang kritikan, mereka boleh berundur dari kerajaan hari ini.

“Bagaimana kalau nak memerintah tetapi pandangan bertentangan sebegini awal-awal telah ditolak serta diugut untuk dihentikan.

“Ternyata masa depan negara akan runtuh apabila pandangan seperti dinyatakan Abdul Hadi itu diteruskan dan diguna pakai oleh kerajaan.
“Inilah gambaran kerajaan diktator atau kuku besi yang mula segar,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top