BM | EN | 中文

Kenyataan Exco Johor dibuat seolah tanpa kajian terperinci

salahuddin-ayub-cheo-yee-how.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali hari ini ditempelak apabila menuduh penduduk kampung menjadi punca bencana banjir di Kampung Pasir, Johor Bahru.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menurut maklumat dan pemantauan beliau terdapat banyak faktor lain sehingga menyebabkan banjir berlaku di kawasan tersebut.

Tegasnya, Samsolbari perlu menyemak lebih terperinci masalah di kamung berkenaan, antaranya jadual kutipan sisa pepejal di kawasan berkenaan.

Advertisement

“Kita telah mengenal pasti keadaan di Kampung Pasir apabila terdapat tempat pengumpulan sampah yang terbiar tidak dikutip sehingga berhari-hari.

“Justeru kita tak boleh hanya menyalahkan tindakan penduduk kampung yang membuang sampah di sungai atau parit berdekatan kerana longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik di tempat pengumpulan sampah.

“Kerajaan seharusnya berusaha memberi pendidikan kepada penduduk kampung, bukan menyalahkan tindakan mereka membuang sampah di sungai. Program-program pendidikan cintai sungai juga perlu dijalankan,” tegasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How turut menempelak kenyataan Exco tersebut dalam ucapan penggulungan belanjawannya di Dun hari ini.

Kata Yee How, Exco berkenaan perlu membuat mengkaji semula aktiviti tambakan laut berhampiran kawasan kampung tersebut.

“Adakah kita sedar bila tambakan laut yang berlaku di sekitar kampung berkenaan membuatkan air melimpah di kawasan sungai-sungai berdekatan?

Advertisement

“Saya harap Exco bukan menuding kepada orang kampung. Perlu disemak punca lain yang menjadikan banjir besar berlaku di kawasan Kampung Pasir, terutamanya berkenaan pengendalian sampah.

“Kita sedar sampah salah satu punca banjir, namun kerajaan usah menutup kelemahan lain seperti penambakan laut yang berlaku di sekitar kawasan Kampung Pasir serta kampung berdekatan yang lain,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top