“KENYATAAN DIKELUARKAN MALAM INI” – MUHYIDDIN
Muhyiddin dan Dr Sahruddin ketika ditemui pengamal media ketika berkumpul di BGU PH dekat Eco Rambah

“KENYATAAN DIKELUARKAN MALAM INI” – MUHYIDDIN

PONTIAN, 16 NOV : Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, parti itu akan mengeluarkan kenyatan berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK)Tanjung Piai, malam ini.

“Kenyataan akan dikeluarkan malam ini,” kata Muhyiddin ringkas ketika ditanya wartawan di Bilik Gerakan Utama (BGU) Pakatan Harapan (PH) dekat Eco Rambah, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah Jentera PRK PH untuk PRK berkenaan, Datuk Dr Sahruddin Jamal pula tidak memberikan sebarang komen.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media telah berkumpul di BGU dekat Eco Rambah, di sini semenjak jam 8 malam lagi.

Barisan Nasional (BN) menang PRK Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) meraih 25,466 undi menewaskan lima pencabar.

Lima pencabarnya dari Pakatan Harapan, Karmaine Sardini memperolehi 10,380 undi sementara calon Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dengan 850 undi.

Dua calon bebas Dr Ang Chun Lok pula mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )