BM | EN | 中文

Kenyataan bekas MB Johor tentang ‘projek gula-gula’ membimbangkan – Aminolhuda

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 1 DIS: Kenyataan bekas Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bahawa pentadbiran negeri sebelum diambilalih Pakatan Harapan (PH) melaksanakan “projek gula-gula” mendapat perhatian dari Adun pembangkang.

Ketua Pembangkang Dun Johor, Aminolhuda Hassan berkata ucapan itu memperlihatkan Dr Sahruddin sedar bahawa kerajaan Umno-BN yang mentadbir Malaysia dan Johor lebih 60 tahun telah lari dari tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan.

Aminolhuda turut melahirkan kebimbangan apabila kenyataan tersebut keluar dari Adun kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri.

Advertisement

Katanya, tidak mustahil belanjawan kali ini dijadikan “projek gula-gula” hanya untuk menjaga nama baik mereka.

“Apa yang dibimbangkan adalah kenyataan tersebut dari Adun mereka (kerajaan PN).

“Ingatan itu secara tidak langsung menyatakan kebimbangan beliau supaya belanjawan 2021 Johor tidak seperti kerajaan Umno-BN.

Advertisement

“Apakah belanjawan kali ini juga gula-gula dan perkara berbangkit ini akan terus berlaku seperti sewaktu BN memerintah sebelum kemenangan PH di Johor? katanya ketika dihubungi.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor mengucapkan penghargaan kepada bekas MB itu kerana mempamerkan cerminan pemerintahan Umno ketika bersama Barisan Nasional ketika mentadbir negeri ini.

“Inilah kebimbangan kami. Perkara ini perlu diperbaiki sebelum rakyat terus menjadi mangsa dengan projek-projek ‘gajah putih’ dari kerajaan PN.

Advertisement

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Sahruddin ketika dalam perbahasannya beliau telah menyatakan kerajaan sebelum PH memerintah, iaitu Umno-BN telah banyak melaksanakan projek gula-gula khususnya ketika pilihanraya mahu diadakan.

“Kenyataan tersebut adalah cerminan sikap pemerintah Umno-BN sebelum ini terhadap rakyat di negeri ini.

“Tambah Dr Sahruddin juga, kebanyakan projek dilakukan Umno-BN tidak mengikut SOP ditetapkan sehingga tidak dapat diteruskan serta isu-isu berbangkit terpaksa diselesaikan sewaktu PH memerintah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top