BM | EN | 中文

Kenyataan Azmin seolah beliau ‘pemberi rezeki’

Azmin-Ali.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 28 SEPT: Kenyataan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh dianggap seolah-olah menyatakan dirinya pemberi rezeki kepada seluruh rakyat di Sabah.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata Azmin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana Sabah telah wujud sebelum beliau menjadi menteri.

“Azmin usah mendabik dada kerana rezeki bukan di tangannya dan rakyat di Malaysia tidak pernah mengharapkan simpati dari seorang menteri untuk mereka terus hidup seperti dakwanya.

Advertisement

“Sudah memang menjadi tugas kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang mereka.

Asim Abdullah

“Kenyataan Azmin itu seperti mendakwa rakyat Malaysia adalah pengemis dan beliau adalah pemberi sedekah. Azmin tidak sedar bahawa beliau itu bukan sesiapa pun tanpa suara rakyat yang menaikkan beliau suatu ketika dulu,” kata Asim.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Azmin ketika menjadi Menteri Besar (MB) Selangor berhubung peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Advertisement

“Saya cabar untuk Azmin jelaskan, adakah kerajaan persekutuan di zaman beliau menjadi MB Selangor dulu tidak melakukan apa yang beliau lakukan terhadap Shafie Apdal?

“Hentikanlah kenyataan yang menghina seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya beliau ingin menentang Shafie Apdal pun usahlah sampai menganggap rakyat sebagai pengemis dan meletakkan diri beliau sebagai pemberi rezeki,” jelasnya lagi.

Sebelum ini dalam sebuah video yang tersebar ketika kempen PRN Sabah, Azmin telah mendakwa dirinya yang meluluskan peruntukkan di Sabah selepas mendapat rayuan dari Ketua Menterinya, Shafie Apdal bagi membangunkan negeri di bawah bayu itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top