BM | EN | 中文

Kenapa takut dengan inisiatif Parlimen Digital? – Syed Saddiq

syed-saddiq-parlimen-digital.jpg
Advertisement

MUAR, 5 JUL: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan polis menghubungi penganjur inisiatif Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia selepas mengadakan sidang maya semalam.

Syed Saddiq berkata, ruang anak muda perlu dibuka seluasnya dan tekanan terhadap anak muda hari ini tidak baik untuk masa depan negara.

“Saya hairan apabila ada yang dipanggil pihak berkuasa dan perlu jelaskan tentang aktiviti mereka. Mengapa ia perlu berlaku di Malaysia?

Advertisement

“Dunia sudah berubah. Anak muda perlu bebas untuk berkhidmat, memberi idea dan turut serta membina negara,” katanya dalam satu kenyatan semalam.

Beliau berkata, peserta parlimen digital yang mewakili parlimen di Malaysia adalah anak muda yang bijak pandai dan mahu berkhidmat untuk generasi mereka.

“Untuk Ahli Parlimen Digital, teruskan melangkah dan jangan berhenti untuk berkhidmat. Saya doakan yang terbaik dan akan bantu sebaik mungkin.

Advertisement

“Jangan takut dengan mereka. Mereka akan mentadbir negara nanti,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, anak muda perlu bekerja keras untuk masa hadapan dan generasi esok dan negara ini memerlukan suara dan cara baharu.

“Bina jaringan. Telaah pengetahuan. Belajar dan gunakan ilmu untuk membina negara. Paling penting, berani untuk jalan terus ke hadapan.

Advertisement

“Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh Ahli Parlimen Digital,” ujarnya lagi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu terdahulu bertemu dan berdialog dengan semua wakil parlimen digital dari Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Sesi sidang Parlimen Digital dipengerusikan peguam perlembagaan Lim Wei Jiet berakhir sekitar jam 12 tengah semalam dengan 222 wakil meluluskan usul kerajaan perlu melancarkan pakej rangsangan ekonomi yang khusus mensasarkan golongan muda.

Advertisement

222 peserta dipilih untuk mewakili kawasan parlimen mereka yang mencerminkan persidangan Dewan Rakyat.

Parlimen Digital yang pertama ini dianjurkan tiga organisasi politik belia diketuai oleh Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Demokratik Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top