BM | EN | 中文

Kenapa PPV Parit Raja di Batu Pahat ditutup?

ppv-parit-raja-batu-pahat.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

BATU PAHAT, 23: Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Parit Raja, Batu Pahat dengan alasan yang diberikan kehabisan stok vaksin menimbulkan persoalan.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, kerajaan seolah dilihat tidak bersedia menguruskan bekalan vaksin sehingga menyebabkan penutupan dan ia menimbulkan kebimbangan ramai.

Noor Khalim Sakib

“Kerajaan gagal menguruskan pengedaran vaksin ini yang kesannya boleh memudaratkan keadaan.

Advertisement

“Bagaimana mereka yang telah diberikan tarikh untuk menerima suntikan vaksin, namun PPV itu ditutup?

“Walaupun ditutup seminggu tetapi perkara ini bukanlah suatu yang baik untuk rakyat mendapatkan vaksin di kawasan Parit Raja ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Tambahnya, kerajaan perlu segera membuka semula PPV berkenaan.

Advertisement

“Ini membuatkan proses vaksinasi menjadi lembab dan tidak konsisten. Kerajaan melalui Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) perlu memberi jawapan berkenaan hal ini.

“Kita tidak mahu ia berulang sehingga menjejaskan temujanji vaksinasi yang telah ditetapkan di PPV berkenaan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top