BM | EN | 中文

“Kenapa pendaftar vaksinasi diatur ke lokasi lain, sedangkan ada PPV lebih dekat? – Adun Mengkibol

chew-chong-sin-mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 JUN: Adun Mengkibol, Chew Chong mempersoalkan aturan menetapkan sesetengah pendaftar vaksinasi, antaranya melibatkan warga emas ke lokasi lain, sedangkan ada pusat pemberian vaksin (PPV) lebih berdekatan.

“Mengapa warga emas tidak boleh menerima vaksin di pusat vaksin yang sedia ada dan dekat, tetapi perlu menempuh perjalanan ke pusat vaksin di kawasan lain yang sejauh 50 hingga 60 kilometer? soal Chong Sin.

Katanya, banyak kawasan di Johor seperti Yong Peng, Paloh, Labis, dan Gemas tidak mempunyai pusat vaksin di kawasan luar bandar dan perlu menempuh jarak 50 hingga 60 kilometer pergi balik untuk mendapatkan vaksin.

Advertisement

“Beberapa kawasan Adun bandar seperti Mengkibol walaupun mempunyai pusat vaksin, tetapi ramai orang perlu menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer ke Simpang Renggam untuk mendapatkan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru itum beliau menyarankan agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bekerjasama dengan industri pelancongan untuk menyewa sejumlah besar bas pelancongan untuk mengubahnya menjadi unit bergerak vaksinasi Covid-19.

Ia katanya bagi mengatasi masalah ribuan kenderaan yang menempuh jarak jauh setiap hari, dan juga bertentangan denga objektif Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

Advertisement

“Masih terdapat kekurangan bilangan kaunter bergerak vaksin, kita harus mengumpulkan temu janji individu yang perlu menempuh lebih dari 50 kilometer, dan kemudian fokus pada klinik kerajaan terdekat untuk sesi khas setiap minggu,” katanya.

Dalam masa yang sama kata Chong Sin, masih wujud masalah melibatkan pendaftaran dan pentadbiran progam vaksinasi.

“Pusat vaksinasi hanya boleh mendapatkan senarai nama penerima vaksin pada hari yang sama atau waktu petang sehari sebelumnya.

Advertisement

“Ini menyebabkan ramai orang terlepas temu janji tanpa menyedarinya,” ujar Chong Sin lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top