BM | EN | 中文

“Kenapa Pemuda Umno Johor dedah nama Exco yang ‘boikot’ pentadbiran Hasni?

exco-johor-fared-umno.png
Advertisement

SEGAMAT, 27 OKT: Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fared Mohd Khalid bahawa tidak wujud boikot dan Menteri Besar Johor Hasni Mohammad mampu mengawal barisan pentadbiran negeri akhirnya mendedahkan nama Exco terbabit.

Naib Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah turut menyatakan kehairanannya apabila Mohd Fared seolah-olah menjawab bagi pihak Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia negeri ini berhubung perkara tersebut.

“Sejak bila pula Fared memegang jawatan penerangan Bersatu?

Advertisement

“Kenyataan Fared tersebut secara langsung seperti mahu membuka nama orang yang dikatakan memboikot kerajaan negeri.

“Saya sebelum ini tidak menuding kepada mana-mana parti sekalipun, apatah lagi nama individu Exco berkenaan,” kata Asim ketika dihubungi.

Asim sebelum ini berkata, Hasni gagal mentadbir Johor dan perkara itu boleh dilihat dengan faktor paling ketara iaitu kegagalannya menguruskan barisan Exco.

Advertisement

Asim berkata, Hasni tidak mendapat kerjasama Exco, bersendirian dan perkara jelas mencerminkan kegagalannya mentadbir Johor.

Dalam reaksinya kata Mohd Fared mustahil MB Johor ‘gagal menguruskan barisan exco’ kerana Mazlan Bujang, Exco Pendidikan Penerangan Warisan dan Budaya Johor akan menjadikan negeri ini sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025.

Manakala Exco Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Chong Fatt Full sedang membangunkan Program Bank Makanan.

Advertisement

“Mustahil jika YAB MB Johor ‘gagal menguruskan barisan exco’, kata Mohd Fared.

Mazlan Bujang dan Dr Chong Fatt Full keduanya adalah Exco dari parti Bersatu.

Asim berkata, Mohd Fared tidak perlu menjadi perantara dalam menyampaikan suara pimpinan Bersatu Johor.

Advertisement

Katanya, kenyataan itu perlu dijelaskan sendiri oleh pimpinan Bersatu bukan Pemuda Umno seperti Fared.

“Mana suara pimpinan Bersatu? Atau Fared memang mahu menjadi suara parti Bersatu?

Fared perlu rujuk kepada Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan yang sentiasa menghentam Bersatu dalam kenyataannya.

Advertisement

“Itu jelas menunjukkan memang terdapat boikot di kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini. Fared perlu menasihati Jazlan agar tidak menimbulkan rasa kurang senang rakan dalam PN di negeri ini.

“Disini juga menunjukkan kegagalan Hasni sebagai Pengerusi Umno Johor untuk menasihati timbalannya (Jazlan).

“Saya ingin menasihatkan agar Fared lebih menumpukan isu anak muda berbanding membela Bersatu di Johor.

Advertisement

“Ini semua demi kestabilan politik agar agenda rakyat dapat dibawa dengan baik,” kata Asim lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top